Viewers

cerita lama!! mahu baca?

Friday, March 18, 2011

bajet? bukan bajet 2011


saya disini memohon ampun jika cara punulisan disini juga merupakan unsur-unsur 'bajet'...

'bajet'
adalah perkataan yang selalu digunakan terutamanya golongan remaja. Contoh situasi :

1)Apabila mereka melihat seseorang itu 'agak' menonjol diri dan tak tahulah salah apa yang budak 'agak' menonjol diri ni buat tetiba dia akan kene cemuhan oleh 'segelintir' daripada golongan remaja ini, iaitu 'bajet' (mana satu yang bajet ni? budak yang 'agak' menonjol ke budak yang ckp bajet dekat budak yang 'agak' menonjol tu? renung-renungkan lah yer...)
2) dari segi Ilmu. Janganlah d0k bajet sangat tahu semua. sesekali kita kena terima apa kelemahan kita dan menerima pendapat daripada orang yang lebih ariff...

bajet dan takabbur?
fuh!! jangan main2 dengan 'TAKABBUR' saya rasa perbezaan antara bajet dan takabbur hanya ejaan dan sebutan. Maknanyer? sama,persis, sama dengan, semualah. ishh..marilah sesama kita menced0k keluar,melempar jauh-jauh, menyental rasa 'bajet' ni supaya nampak semula hati nurani kita.. dan memohon ampun kepada Maha Pencipta ALLAH S.W.T...... bak kata ustaz dalam rancangan realiti di sesebuah siaran tV rasa Takabbur tu bermula daripada hati... so marilah kita membersihkan hati kita dengan beristighfar....

dari Ibnu Mas’ud dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda :

“Tidaklah masuk syurga barang siapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji dzarah (atom) sekalipun”. [Hadist Riwayat Muslim]


maaf kan saya jika anda semua merasa saya:

Bajet Pandai : sememangnya saya tidak mempunyai ILMU yang tinggi....

Bajet bagus: sememangnya saya tak sebagus anda yang mengatakan saya bajet bagus...

dan segala bajet yang ada didunia ini. maafkanlah yer sesungguhnya saya ini insan lemah.....

Assalamualaikum.... (sebenarnya baru habis tng0k Al-hidayah tu yang terpikir nak tulis ni nak berkongsi sikit perasaan)

saya disini memohon ampun jika cara punulisan disini juga merupakan unsur-unsur 'bajet'...

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...