Viewers

cerita lama!! mahu baca?

Thursday, January 24, 2013

Hati Rasa Semacam

*seorang lelaki berjalan*

aku terpandang.

fariq menegurnya

lelaki itu memberi respond lalu terus menuju ke destinasi yang sebenar, TOILET

fariq memulakan perbualan mungkin dia ternampak riaksiku yang entah pape tu.

"dia budak septec"

"dia imam dkt septec bak kata shahirra rozali"

"dia malu dengan perempuan"

dia ni, dia tu, dia bla bla bla... fariq berkata-kata sedangkan aku tidak bertanya.

maklumlah itu lelaki memang suka bercakap.

aku kalau nampak lelaki macam itu mulalah menggedik, belakang-belakang jer menggedik depan-depan malu :D

okay so macam terasa lah berminat dengan dia tu, tapi tak adalah gedik-gedik sampai nak mengurat lalu menggedik dengan dia, cuma berminat sahaja. saya ulang BERMINAT~
berminat tidak bermakna suka, suka tidak bermakna cinta yer wahai sekalian 
;)

hari tu pulang daripada kerja pukul 5.30 pm , tetapi atas semangat setia kawan untuk berjalan pulang bersama dybot terpaksalah tunggu sampai 6.30pm.

apa lagi aku mulalah berpeleseran di kedai tempat fariq bekerja, memang selalu pergi situ kalau kena tunggu dybot balik.

lama aku berbual sambil mencuci mata mellihat haiwan-haiwan yang indah ciptaan Allah, tiba-tiba.....

seorang lelaki memukul perlahan belakang fariq untuk menegurnya sambil berkata dia mahu pulang,

Ya Allah kali ni aku tiba-tiba speechless, bukan sebab dia tu dia ni dia bla bla, tetapi dia memukul fariq menggunakan novel!!

like seriously?
dia baca novel?
maknanya dia lelaki dan dia baca novel!

fikiran ku terus melayang ke hari yang terdahulu baru-baru jer lagi tu, statement yang aku buat dekat dybot,
" aku suka lelaki baca novel, tapi susah sangat nak jumpa kan? mesti sweet macam lelaki yang kau jumpa tu"


waktu itu seakan-akan berhenti seketika, 



speechless~

"kau dah balik dah? jom solat?"
fariq mengajaknya solat bersama-sama.

"mok, aku gi solat"

fariq menegurku ,aku tersedar daripada lamunan itu,

"okay-okay bye"

selepas itu aku tidak berapa jelas akan perbualan mereka tetapi yang pasti pasal novel, sebelum pergi ke surau tingkat dua mereka singgah sekejap dekat kedai buku agama-agama sebelah kedai fariq tu, aku melihat dia yang berpusu-pusu kesana, dekat bahagian novel tak silap, so S A H sah! suka novel ni..

aku tersenyum seorang diri,kalau orang yang melihat aku pasti ingat aku ni gila.

dalam hati asyik berbicara,
macam kelakar baru jer bual pasal "lelaki novel'
tengok-tengok jumpa guy yg baca novel.

apakah ini?
hahahaha

"hello? dybot kau dekat mana? cepat-cepat aku ada cerita ni"

aku dan adiba berjalan pulang bersama,
aku menceritakan peristiwa tadi dekat dia dengan bersungguh-sungguh.

"dia baca novel apa?"
adiba bertanya,

"owh lupa pulak nak tengok dia baca novel apa, huhu"

speechless punya pasai bukan nak usha-usha dia baca novel apa, macam dybot dulu dia sempat tgk mamat yg tahankan air aircond bus untuk dia, Adam Dan Hawa~

"apalah kau ni orang tengok dia baca novel apa,"

"erh entah-entah dia jodoh kau kot"

hahaha dybot2 kau hengat ini novel ke apa? 
takdernyer~

 haha maybe aku dah tahap menggatai ni,
tapi jauh sudut hati ini memang rasa semacam, 
erm entahlah biarlah buat apa kalau syok sendirikan?

so mari tumpukan dulu cinta yang SATU ini dulu,
CINTA terhadap Allah dan Rasulullah.
 

p/s haishh nak cari buku Hilal Asyraf , banyak kali dah ronda kedai buku dekat sebelah kedai fariq tu tak jumpa-jumpa, nak tanya orang kedai tu dia selalu tak ada, -,-

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...