Viewers

cerita lama!! mahu baca?

Saturday, March 10, 2012

Bertudung sahaja bukan menutup aurat

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [33:59]

Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (H.R. Muslim)

Assalamualaikum :)


sebab selama ni saya dok pelik tengok perempuan yang bertudung tetapi dok mengutuk perempuan yg tidak bertudung,, erm kehairanan sgt terselah di benak fikiran ini 
 adakah perempuan yang bertudung itu menutup aurat?
tidak kebanyakkannya
tak salah nak membenci perbuatan yg dia lakukan tapi jgn mengutuk lah yerr 

kita sepatutnya nasihat 

okayh bukan pasal perempuan yang bertudung yang suka mengutuk tu  menjadi topik hari ini tetapi tentang 
"menutup aurat bukan sekadar bertudung"

ramai ingat pakai tudung dah kira tutup aurat sepenuhnya

aurat kita wahai kaum hawa adalah seluruh anggota badan kecuali kebiasaan dilihat iaitu muka dan tapak tangan. 
> melunakkan suara

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." QS Al Ahzab: 32.

aishh kalau ckp dgn laki tu hayya jgn nak berlembut sgtlahkan dgn kwn gurlgurl kita ckp biasa jer siap berhua-hua lagi tapi dgn lelaki amboi~bukan main lembut lagi suara tu yg laki tergoda tu.  padahal dgn perempuan lah kita patut berlunak-lunakkan dgn laki kte patut "yo bro!" kannn 

kepada kita-kita ni yang masih 
1. tidak memakai tudung
2. memakai tudung tetapi menampakkan lengan
3. memakai tudung tetapi ketat-ketat, jarang-jarang pakaian tu
4. menutup aurat sepenuhnya tetapi bermanja-manja bila berkata dgn bukan muhrimnya
5. sewaktu dengan perkara di atas

jomlah sama-sama kita dok pi tutup aurat YANG SEBENAR na~
:D

"sungguh tidak cium bau syurga kepada org yang tidak menutup aurat" 
bau pon kita tak dapat apatah lagi nak masukkann

saya pon bukanlah perfect sgt nak tulis2 pasal aurat2 ni tetapi 

Rasulullah suruh kita berdakwah walaupun sepotong ayat :)

sorry kalau dah berpotong-potong hukhuk XD




No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...