Viewers

cerita lama!! mahu baca?

Sunday, December 9, 2012

BUMI ALLAH

ASSALAMUALAIKUM ,


Hari ini saya membuka facebook, melihat di news feed.

sungguh terharu melihat cerita-cerita pasal di bumi Palestin, terpancar wajah kegembiraan mereka semata-mata kerana Allah. Menyambut kegembiraan kemenangan Hamas dan sambutan ke-25. 

 Photo: Sudut pandang sebahagian kecil di Padang Briged Al Qasam
Jantung dup dap dup dap
Mereka sgt gembira! Bersyukur!
Anak anak kecil terpancar kegembiraan mereka.
Tidak kira bangsa , kefahaman, perbezaan budaya,
Perbezaan bahasa
Namun semua berkumpul dengan 1 hati! 
Kebersamaan kita adalah utk memberi sokongan kepada rakyat Palestin bahawa kita takkan biarkan mereka bersendirian!

Signifikannya di sini antaranya:
Dengan Tercetusnya serangan ke atas Gaza yg konon kononya Israel fikir akan melemahkan Gaza, sebenarnya TIDAK !
Dengan izin Allah, apa yg terjadi sekarang , seluruh umat Islam bangkit menentang kekejaman ISRAEL!
Malah bukan seagama kita turut mengutuk mereka!
Kerana itulah kita boleh datang dari pelbagai negara
Dengan satu hati!

Malah pagi tadi ija bersama rakan rakan yg menyertai rombongan MSG
yg datang ke Palestin hujung bulan 9 berkongsi cerita

"Imam di Masjidil Aqsa berkata..
DATANG LAH BERAMAI RAMAI KE PALESTIN UTK MEMBERI SOKONGAN MORAL"

Kalau negara negara lain kita boleh dtg utk bercuti
Ija nak cadangkan datang la ke Gaza
Bantu tingkatkan ekonomi negara mereka!
Pagi tadi sembang dengan Al Qasam
Mereka berterima kasih kepada rakyat Malaysia yg sgt prihatin yg sentiasa beri bantuan kewangan ,moral semua.
Dan antara sumbangan kitalah mereka memantapkan sistem pertahanan dan teknologi.

Dengan anda memberi sumbangan kepada Palestin itulah antara jihad anda !
Allahu Akbar!
Mari menjadi mujahidin
Bantulah mereka!
 ALLAHU AKBAR!

Walaupun mereka dalam keadaan gembira atas kemenangan tersebut tetapi mereka tetap mengingati Allah, tetap melakukan ibadah sunat, wajib mestilah tidak tinggal. 

kerana setiap pergerakkan yang mereka lakukan adalah kerana Allah SWT

cara mereka meraikan berbeza dengan kita?
ya! sangat berbeza ! Rakyat Malaysia yang "kononnya Islam setiap kali malam sambutan berparti sehingga ka pagi. Ibadah? entahlah~
tetapi hanya dekat tempat-tempat tertentu sahaja. Alhamdulillah contohnya sambutan tahun baru masihi tahun ini yang cuba dijadikan sambutan yang di RedhaiNya telah dilakukan secara besar-besar. 
Semoga tahun depan dapat mengalahkan "sambutan utama" tu yer~ 
Amiin~



 Palestin dan Malaysia ada satu yang sama iaitu BUMI ALLAH! tapi sangat berbeza dengan penghuni-penghuni dua negara ini.

 kerana setiap sudut dan ruang di bumi Palestin dipenuhi dengan ibadah, manakala di negara ku ini dipenuhi dengan maksiat dan perkara-perkara lagha.




Aku sedih, aku membezakan diriku sendiri dengan rakyat-rakyat Palestin disana.
kalau darjat tinggi dan rendah sesama manusia orang selalu mengibaratkan bagai langit dan bumi.
Yups! itulah darjat mereka denganku. Darjat mereka di sisi Allah sangatlah tinggi sampai aku tidak dapat kecapi mahupun tandingi.

Godaan duniawi yang sudah aku ketahui hanyalah satu perkara yang sia-sia
tapi aku masih melakukan,
apakah itu?
Ye, Aku tahu sejak kebelakangan ini aku terlebih-lebih dan lebih fokus akan duniawi hanya menginginkan kegembiraan sekarang sehinggakan tidak fokus semasa melakukan perkara-perkara ukhrawi yang merupakan kegembiraan yang wujud tidak kira waktu.

"Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya." [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]

 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. "



Aku sedar Aku sedar Aku takut dikategorikan sebagai orang-orang munafik.
Aku selalu terfikir 
"Syurgakah aku?"
"Syurgakah ibu bapaku?
"syurgakah keluargaku?"

kerana impian besarku adalah bersama orang-orang tercinta disyurgaNya.

semua orang nak masuk syurga "AKU MAHU KESYURGAMU YA ALLAH"

tetapi
ADAKAH KELAKUAN KITA INI MEMBAWA KITA KESYURGA?

Aku macam terasa hambar dan samar-samar dengan kelakuan ku. sedih dan sedih dan sedih.

sungguhlah rakyat Palestin itu memang terbaik di mata dunia dan akhirat.





Semoga hari-hari kita ini diberkati Allah, kerana keberkatan itu kunci untuk kesyurgaNya,
Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...