Viewers

cerita lama!! mahu baca?

Thursday, December 6, 2012

Adam Dan Hawa


Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam,
Bukan daripada kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan daripada kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya,
dan dekat dihati untuk dicintainya.

aku menitiskan air mata setelah membaca warkah biru yang diberi Am......

okay nak feeling-feeling Ain jap
muheheheheh


okay petikan diatas diambil daripada novel terlaris Adam Dan Hawa dan diubah suai sedikit. Karya yang menyentuh jiwa ini, Aisya Sofea telah berjaya menjadikan kisah cinta ini ke kaca tv yang disiarkan keseluruh Malaysia.

 


"My love for you dies
when the last petal of these roses falls"

sungguh ku cair~ 
muhehehe

Aku mengenali novel ini sebelum dramanya wujud tetapi menamatkan bacaan novel selepas aku menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2012. Maknanya drama ini sedang berlangsung. Kononnya, ingin fokuskan kepada pelajaran dahulu. Sebenarnya aku agak "lame" sikit sebab macam baru tahu novel ni pada tahun ini. Kisah dia bermula semasa aku "stayback" di rumah kawan kelasku Amalina Intan yang merupakan penggemar tegar novel-novel tempatan. Aku meniti setiap buku-buku novel yang berada di rak bukunya, Semasa aku meneliti tumpuan ku lebih kepada novel ini, Adam Dan Hawa.

 "Tak usah diucap,tak usah dilafaz aku dah mengerti bahasa cintamu"

akuu terus memulakan bicaraku dan mengajukan soalan kepada kawanku untuk mengenal lebih lanjut dan pendapat tentang cerita ini.

"Best" besertakan riaksi mukanya yang beria-ia mengiakan jawapannya sudah membuatku yakin untuk membaca.

Cerita yang sangat sweet ini menyebabkan aku angau tersenyum sorang-sorang.
"wujudkah lelaki yang sebegitu setia?"
kalau wujud, ramaikah? berapakah peratusnya?"
soalan yang sentiasa bermain di benak fikiranku.

bukan hanya novel tetapi drama bersirinya yang bermain di astro Mustika HD, menampilkan Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisa sebagai Ain Hawani juga telah memberi impak yang berkesan kepada diriku ini.

Sehinggakan, semasa beratur mengambil kedatangan untuk SPM boleh lagi topik drama Adam Dan Hawa itu keluar padahal hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi untukku bergerak ke dewan peperiksaan bagi melaksanakan tugas sebagai pelajar tahun akhir.

muheheheheh 


 Ada kisah sweet yang benar mengenai novel Adam Dan Hawa ini.

Aku teringat, Adiba pernah cerita semasa dia menaiki bas awam, ada seorang lelaki yang membuat dia terjatuh hati atas kebaikkan lelaki itu. dengan menahan "something" supaya kawanku itu tidak terkena. Kawanku melihatnya, tangan sebelah lelaki itu menahan "something" supaya tidak terkena kawanku Adiba, tangan sebelahnya lagi memegang novel dan sedang khusyuk membaca novel ADAM & HAWA!!!!


 ibarat cerita novelkan? muhehe baik sungguh lelaki itu.

* "semething" tu rasanya titisan air penghawa dingin. Tak ingatlah benda apa* 


sejak hari itu, kawanku Adiba mula mengingati novel yang telah menyentuh jiwa dan raganya. "ADAM & HAWA" Ibaratkan novel itu telah mebuat kawanku tidak tidur lena memikirkan kejadian yang berlaku di bas awam tersebut.
 Okay disebabkan ini realiti dan bukannya ilusi ataupun dalam novel so mamat tu hanya mahu menolong dan adiba tak jumpa dah lelaki itu. Bukan seterusnya jumpa lagi then bercinta then kahwin yer
.hahaha

Kesimpulannya, novel ini sangat best dan drama yang diadaptasikan daripada novel ini sangatlah menusuk jiwa. Lakonan yang cemerlang oleh pemegang-pemegang watak Adam&Hawa ini.



saya sangat mengharapkan selepas ini keluar Drama "Andai itu takdirNya" penulis oleh Siti Rosmizah.

saya merupakan peminat tegar novel Andai itu TakdirNya.







cadangan untuk watak Syed Aidzril:

Aaron Aziz!!!
Fahrin Ahmad!!!
tu jelah yang rasa sesuai hehe

Kalau Aleya:

Nora Danish!!!
Tiz Zaqiyah ke~

huhuhu serius mengharapkan sesangat~

No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...