Viewers

cerita lama!! mahu baca?

Wednesday, November 28, 2012

Alhamdulillah Saya Bebas Espiyem~



Assalamualaikum.
Saya Nur Nadiah binti Azhar
telah pun bebas daripada SPM 2012
pada 26 November 2012.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.
Allah telah mempermudahkan urusan ku semasa menjawab.
sekalung penghargaan kepada 
Bonda dan Ayahanda tercinta,
guru-guru sekolah ku.
guru-guru tusyen ku.
Rakan-rakan seperjuanganku.
kerana telah memberi tunjuk ajar kepada insan yang kerdil ini.

Hanya Allah SWT sahaja dapat membalas jasa baik kalian.

Tidak lupa juga kepada

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Mathematics
Sejarah
Pendidikan Islam
Additional Mathematics
Physics
Chemistry
Tasawwur Islam

kerana telah bersusah-payah bersamaku sepanjang urusanku untuk menduduki 
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) ini

ustazah hasliza pernah menasihatiku sewaktu dalam pelukannya untuk memohon keampunan dan restu darinya. Ustazah berkata bahawa janganlah kita hampa atau sedih bila result SPM teruk atau menghampakan. hidup masih boleh diteruskan.

 "Ya Allah apa yang aku harapkan bahawa aku mendapat keputusan yang membanggakan bonda dan ayahanda ku YaAllah 
tapi aku terima apa sahaja yang ditentukanMu"

Apa pun yang terjadi pada masa akan datang. Dengan Izin Mu YaAllah akanku melakar bahtera hidupku ini dengan sesunguh-sungguhnya.

Akhir Kata 
" SAYA SUDAH BEYBAS  ESPIYEM~"


No comments:

Post a Comment

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...