Viewers

cerita lama!! mahu baca?

Thursday, December 31, 2015

Dinner Fakulti





//ada dalam draft rasa nak post plak padahal dah habis dah pun study dkt jengka layankan jelah aku dulu camane//










Assalamualaikum,

sebenarnya cik Nur Nadiah Azhar sangat malas nak pergi dinner ni. sebab tak tahu nak pakai baju apa.
dan tak ada masa nak beli2 baju. so decide nak pinjam jubah my mother. senang pakai jubah.
kalau dulu time sekolah menengah best. time hi tea pengawas nnt the superb gang and I akan jalan2 around damansara shopping baju dll. sunway giza, curve, one utama tu menjadi pilihan this2 gegurls lah
haiss rindu the MPPs

bila baju dah setel, tudung pulak tak tahu nak pakai apa. so saya pun jalan-jalan di bandar jengka atau nama glamour-nya J-Town most wanted.

dan dan dan 
terjumpa satu kedai butik yang awesome.
Ya Rabbi harga tudung murah-2 macam tak percaya ni butik ke apa,
tak ingat nama kedai tapi sebaris dengann kedai "satu Malaysia"
LOL

okay finally dapat tudung shawl dengan hanya RM10.

yang macam peliknya kitaorang punya majlis dekat Dewan Matrikulasi teknikal pahang
haha
sebab dorang cakap our dewan tak boleh guna tgh renovation .

--------------------------------------------------------------------------------------------



okay seperti biasa me so excited lah kan, cuma tak luahkan jer.
datang jer pintu masuk dewan,
abang-abang part 3 berbaris serta dengan berpakain ala-ala pak arab gitu, berjubah putih, 
"Assalamualaikum, selamat datang"
katanya~
so okay boleh faham dia penyambut tetamu lah ualls.
dalam hati hahah comel jer budak2 part3 tu.
then daftarlah masuk kena tanda tangan bagai.
lepastu kiterang ada kene undi tau lecturer computer science mana yang awesome tau.
then saya memilah SIR KN!!!
hahah sebenarnya dia ajar macam biasa jer tapi part awesome dia bila time quiz dia akan bagi quiz sama ada quiz OPEN BOOK or HOME quiz. haha gila kau siapa tak suka.


GO GO SIR KN!



masa duduk dekat meja makan gang2 yang berjubah putih tu macam berada dekat dengan kiterang punya meja then


classmates saya liyana and bella tiba-2 macam senyum-2 rupanya sama perasaan dorang dengan saya, suka tengok abang2 yang berjubah tadi,
hahahahhaha
so nama gang yang kami suka tengok tadi diberi oleh diriku,
Ya Hanana ~
hahaha sikit2 kalau dorang dtg 
"HK! bella! Ya hanana!!!"
then semua pandang 
LOL



dirasmikan oleh sir rojer (idk how to spell his name)


a
senior part 5 selaku 2nd pengacara majlis. 
cumils
wakil part 1 buat persembahan 
persembahan dorang awesome cuma time tu PA system problam haisss sabar jelah
dari kiri: gee (awesome berkeybord), shahir, eff, asyraf,moon
moon dari kelas B yang lain semua saya punya classmates


persembahan yang awesome kot part 1 dari kelas 1H
hahaa yg be blazer tu jadi psy memamg mula-2 jumpa pun semua panggil dia psy sejibik kot~


persembahan daripada part 4 i  tak ingat. sedap suara abang tu tapi malangnya mic buat hal~



hahaha time ni saja2 nak ambil gambar bella dgn abg senior part 4 tu sebab baju dorang sama dengan theme colour meja luls.
macam pengantin lah ualls



kay yang ni pulak eden ternampak salah dua orang abang dari gang Ya Hanana tu, nak ambil gambar dorang then suruh akhma bangun buat2 nak ambil gambar dia padahal~
muheheheheh

so ni dia~


hasil gambar apabila di crop~
berjaya~
hahahahah

note to nadiah azhar: jangan menggatai!!!

LOL


anugerah dekan . haisss harap2 dapat nanti InsyaAllah chayoks!



persembahan nyanyian dari seniors perempuan

 seniors lelaki


haiss mesti sedih gila dah tahun akhir. tak sampai sebulan jer lagi mereka akan meninggalkan uitm pahang.
All the best to all seniors!



---------------------------------------------------------------------------------

//awesome pictures//




Monday, August 5, 2013

kawan baru.

Assalamualaikum wbt.

sudah lebih 2 bulan aku di Pahang,
bergelarnya aku mahasiswi di UiTM Jengka Pahang mungkin telah memberi satu impak yang besar dalam sanubari ini.
Aku mungkin hanya bukan siapa-siapa.
tapi 
so far im happy with my new life.
Alhamdulillah
walaupun agak culture shock pada awalnya
sehinggakan demam,
sampaikan kawan cakap aku ini mungkin demam rindu.
yups betul
aku menangis taktala sakit.
rindu akan family dan suasana rumah,
rindu dengan sahabat karib
rindu dengan sekolah
rindu KOTA DAMANSARA!!!


haiss~ saat tu memang menangis dengan sadis sekali lah.
roommate aku menunjukkan rasa kesian.
sadis sungguh hidup taktala itu.

demam panas yg aku lalui itu salah satu cara Allah  menyedarkan ku.
supaya jangan leka!


dan dan dan dan nak cerita pasal kawan di Jengka.

terasa happy bila roommates aku memang gempaks2 
semua ting tong cam aku.

Nani merangkap classmate aku jugak,
sofea budak course sport science and recreation 
and Ida da da da budak course accountancy 

telah banyak membantu aku dan menggediks bersama. LOL

yang paling kelakar sekali dorang kalau jumpa crush aku time aku kelas pon dorang hantar text bg tahu yang dorang jumpa crush aku.
hahhahahaha.
sumpah macam kelakar.

thanks sudi penuhkan rasa mengidam aku nak makan tomyam dll time berbuka.
and thank bagi cekelat hadiah birthday

:'D



bertambah happy bila classmates pun awesome.
disebabkan course aku ramai budak KL and Selangor
so perangai kiterang macam lebih kurang sama.
budaya dan persekitaran kami sama mungkin.

kiterang ni suka buat aktiviti sama-sama,
macam iftar ke, pasal kelas2 ke, semua ngam jer.

terus eden teringat BAKTIRIANS
tapi baktirians mmg superb awesomelah. 
;')

apa yang bestnya kelas aku CS1101C , bila kiterang suka sangat bergambar.
bukan gambar dengan gambar biasa2
tapi buat muka pelik2
buat muka hodoh tu memang berjuta lah.


kay bila tengok gambar ni rasa nak pukul kan? kawan sebergambar buruk aku yg paling kerap yg kanan sekali.  orang pggl dia bella tapi aku pggl di ruby.

lily: weyh asal panggil bella ruby
eyra: haha tanya nad, nad yang bagi.

aku kalau kat sana memang suka bagi nama orang.
lagi satu classmate aku, kiterang pggl HK,
aku gak bagi. 
mula-mula nak pggl dia Hello Kitty sebab dia minat, then nak cover pggl HK jelah.
hah! melekat kau sampai sekarang


kalau buat video ni 
hahahaha kalah five days MC and seminggu couple tau.



ni time ifatar together.
lepas makan kenyang then shopping pastu kami layan ABC superblah  time tu.
kiterang ada dekat J-town sampai pukul 10 lebih kot.
hahaha ish3


semoga kawan-kawan baru ini bukan sahaja best sekarang tapi best sampai bila-bila 
;)
love you guys.

so kesimpulannya,
"semoga aku tabah untuk menjalini dunia mencari ilmu ini"
amiin~
permudahkan Ya Allah.

Sunday, July 21, 2013

UiTM Di Hatiku

Assalamualaikum!!!!

arrrrr!!

errrr!!!!

fuhhhhh!!!

haissss!!!


DAH LAMA GILA TAK UPDATE BLOG!!!!
gila gila gila


sedih titew tau~


RGHINDU TITEW~

stop being rempiwitz Nadiah Azhar!

-,-
LOL

so sekarang si Nadiah Azhar sudah sah bergelar siswi di ~



Universiti Teknologi Mara (UiTM) 
Pahang!

Jengka most wanted yaw~

course?

tak hebat macam kalian. tapi Alhamdulillah

Diploma in computer science

InsyaAllah belajar sampai semester 5 .
2  1/2 tahun
Doakan ~

nama pun komputer kan memang power mata aku ni akan menurun :( 

aku mula tidak sangat suka akan kerabunan ku ini. menyiksa jiwa dan raga.
padahal susah nak usha2 mamat2 hensem dekat sini kalau tertinggal spec ke apa. 
-___________________________-

bismillahirrahmanirrahim

" Ya Allah, kau permudahkanlah jangan kau persulitkan urusan pelajaran ku."

*rindu sekolah* 
kbye!


Friday, April 26, 2013

Aku Cintakan Suamiku?



 



*walimatul urus*
Aku memakai baju pengantin, perlahan-lahan aku menyarungkan baju yang menawan hati orang ramai. Sungguh aku tiada mood, AKU KENA KAHWIN PAKSA!!!!! terlampau sangat layan mood sedih sampaikan aku tersalah memakai kain. Mak aku yang menegur, nasib baik ada orang tegur kalau tak dua kali sedihlah aku ni~


(poyo hang tak sedih? siapa tak sedih kalau kena kahwin paksa? tapi yang pelik tiba2 dah walimatulurus bila entah nikahnya hihihi lol SEBENARNYA INI MIMPI, pelik tapi indah, so teruskan membaca~)



aku mula menitiskan air mata, lama-lama air mata mula deras.
sampaikan aku tidak memakai sedikit make-up pun di muka.
aku menangis bukan sebab kahwin paksa

kerana aku melihat dijendela bilik tidurku,


 dalam hati
" what my walimatulurus buat ala kadar jer?"
 khemah tak ada
meja jer ada,
meja tak ada tempat makan beradab?
what what what?
dengan baju pengantin sewa jer.
hey!!! I need my own baju pengantin!!!

(okay mimpi itu terus jadi pelik lol nadiah azhar oiiiii~)

semasa aku tengah beria-ia menangis macam baru lepas habis tengok korean drama, ibuku terus memanggilku suruh aku cepat-cepat ikut suami nak buat majlis khatam Al-Quran

aku menangis lagi,aku dipaksa keluar, aku hanya mampuu menangis sambil menutup mukaku dengan kedua belah tanganku.
kali ini aku bertindak berani, aku tidak mahu mengikuti suamiku.

ibuku tidak tahu mahu buat apa lagi, dengan tiba-tiba suamiku datang,

(Ya Allah, nampak gila muka dia ualls~ cuma tak kenal ualls~)

dia datang memujukku, 
(bagaimana dia pujuk I lupa lah ualls)

 dia memegang tanganku semasa aku sedang menangis dan tanganku menutup muka ku.
saat pertama kali rasa aku dipegang lelaki selain keluargaku, dan ia halal 
auchhh hatiku mula rasa lain.
( tak tahu nak ungkap tapi bila  ingat jer saat tu aku tersenyum jer ualls)

aku mula reda sedikit dan terpaksa akur mengikutinya.
dia duduk dan di depannya ada sebuah Al-Quran Nur Karim.
aku diajak duduk sebelahnya.
saat tu aku mula rasa selesa.

(dia sangat sweet okayhhhhhhhhhhhhhhhhhh)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

(mimpi aku beralih hari tiba-tiba)

(haisss dah tak ingat yang aku tahu dia sangat "care" kejadian banyak berlaku di kedai photo ZOOM kay nampak tak mimpi ni hahahah tapi...)


Dia sangat mengambil berat tentang aku, banyak bercakap dengan ku kerana ingin mengambil hati, tapi aku hanya berdiam, dia banyak buat kejutan buatku, aku suka! tapi aku hanya berdiam.
sebab maybe aku ego
(woi mimpi tu nampak sgt menipu aku mana ego :p)

lama kelamaan aku jatuh cinta dengan dia dalam diam, 
AKU CINTAKAN SUAMI AKU?

arghhh. ingin menolak rasa ini tapi belayan kasih daripadanya lebih kuat untuk hati ku berpaut kepada cinta sang suami ini.
(cehhhh nadiah azhar ayat~hihihi)



aku dikejutkan disebuah tempat ada seorang lelaki memakai topeng ala-ala pencuri, ( sgt pelik)
tetapi dia duduk di meja makan yang ala ala 'candle light dinner'
hatiku rasa suamiku mahu memberi kejutan romantik lagi.
tiba-tiba dia membuka topeng itu dan aku kecewa kerana dia bukan suami aku 
tetapi...............................





 aku berdosa dengan suamiku, aku ada hubungan istimewa dengan lelaki lain,
lelaki itu ialah teman lelaki ku!!!!!!

(what!!!!!!!!!!!!!! mimpi ni sangat pelik baru jer nak layan perasaan jatuh cinta dekat suami tiba-tiba jer aku ada scandal -,- apa ni?????????????)

(haha aku nampak jelas muka dia tapi dah lupa sebab tak kenal jugak scandal aku tu haiss sadis)

aku rasa serba salah terhadap suami ku yang selama ini telah bersusah payah dia menyemaikan rasa cinta dia kepadaku.
sebelum kantoi aku meminta putus dengan teman lelaki ku itu.


............................................................................................................................................


dannnn 
AKU TERJAGA DARIPADA MIMPI TIDUR YANG LENA.

hahhaha

senyum melebar aku , terus cerita dekat kakak ku Atikah Azhar.


tapi aku takut:

baru-baru ini aku mimpi perkara yang sebenar.
hari tu mimpi result spm dpt berapa then betul sama dalam mimpi,
dan semalam mimpi keputusan matrik dan betul2 jadi keputusan itu paginya.

Ya Allah harap-harap mimpi ini hanya mainan tidur,
sebab aku tak mahu melakukan dosa dan isteri yang nusyuz kepada bakal zaujku,
aku tak mahu kahwin paksa atas sebab bukan-bukan Ya Allah jauhkann~
aku taknak majlisku porak peranda macam mimpi ni, so Ala kadar.


:(

TAPI AKU NAK RASA BAHAGIA YANG SAMA DI DALAM MIMPI INI.
haiss sebabtulah dok asyek senyum jer ni bahagia sgt mimpi ni.



 hihihihi

kesimpulannya JANG DOK BERANGAN NAK KAHWIN AWAL KAN DAH TERBAWA MIMPI!




Nadiah Azhar 2013

Thursday, April 11, 2013

Tegurlah Aku dan Bimbinglah Aku Sahabat

" labuhkan tudungmu sehingga menutup dadamu"
"tutup tubuhmu dengan kain-kain yang tidak jarang dan tidak ketat"
"kaki itu aurat"


ayat yang sering berlegar dimana-mana.
manusia yang bergelar pendakwah sering bertegur secara am.

aku hamba yang hina ini setiap kali terlihat,terdengar, terasa, sering melihat diriku ini.
sempurnakah auratku?
sememangnya tidak, 
aku sering malas untuk mencari stokin untuk menutup kaki.
aku sudah tidak lagi dan sangat malas untuk mencari sarung lengan untuk menutup lenganku.
dan aku sangat malas menjaga AKHLAK ku!!
 
 
sebab itu aku bersahabat dengan rakan yang berdakwah ke jalan Allah.
 
Aku kagum dan aku suka ber"usrah" dengan kalian.
 
tapi aku memohon sangat agar apabila 
 
akhlak ku tidak dijaga
auratku tidak sempurna
iman ku tidak kuat
kata-kataku berunsur kelekaan
tulisanku menjerumus kepada kejahilan
 
kalianlah yang menegurku. kalianlah menasihatiku,
kalianlah memberi semangat padaku,
dan kalianlah memberi peringatan kepadaku bahawa peritnya azab daripada Allah.

dan sering kali aku leka dengan duniawi aku memohon agar kalianlah yang membawaku ke arah ukhrawi.

tapi aku sedih sedang aku leka kalian senyap, kalian berdiam, kalian tidak berapa seronok, tetapi kalian tetap tidak menegurku sebab kalian ingin menjaga hati dan kalian fikir yang kalian tidak layak menegur atas dosa2 kalian.


Ya Allah sesungguhnya aku mengerti perasaan kalian disaat aku ingin menegur tapi di hati ini berfikir "akupun si pelaku dosa"
lantas aku berdiam dan hanya mampu bersedih.
 
 aku tidak mahu kawan2 yang aku ber"usrah" bersama kekok menegurku

 to sahabats: jika engkau berdakwah dijalan Allah dengan se ikhlas hati kamu tegurlah aku, insyaaAllah kita nanti antara golongan yang saling menasihati agar peroleh kejayaan di akhirat.





' Mungkin jika susah menegur rakan-rakan cara berpakaian dll dengan cara bercakap mungkin boleh tegur dengan cara kelakuan kita'


Permudahkan hambaMu yang hina ini Ya Allah.

Assalamualaikum.

peeps!

sihatkah?

okay saya Nur Nadiah binti Azhar bukannya Nurnadiah binti Azhar (terasa dengan kawan sendiri sebab dah lama kawan dia tak tahu spell nama saya~ :'( terasa tapi haissss)
 sangat merindui blog ini!!!!

okay pada 21 March 2013 yang lalu saya telah menerima result SPM.

reaksi saya Alhamdulillah~ walaupun tak sehabat kawan-kawan saya saya bersyukur.

"apa macam keputusan espiyem nadiah?'

erm ada A's but saya akan bagi tahu yang saya dapat B pulak kali ni bosanlah asyek bagi tahu saya dapat berapa A. :p
tee hee~

so 
saya ada 4b : 2b+ 2b

jeng jeng jeng

Bahasa Melayu    B+ kepujian tertinggi
Sejarah B+ kepujian tertinggi

Ya Rabb aku sememangnya agak kecewa dengan 2 subjek ini BM dan Sejarah-lah aku target A :'(

trial sejarah dapat A kot~

tapi aku pujuk hati dan iman agar redha dan tawakkal . 

satu jer aku jawab pada diri sendiri tiada rezeki.

tapi mungkin juga ini satu kafarah buatku.


okay lets go to "B kepujian tinggi"

English 

and

my fav subjek Additional Mathematics

sedih jugak sebab addmath dapat B target A- tapi terlalu jauh.
hati aku ni sering berbisik kenapalah aku memandang remeh dekat addmath dan tak berusaha lebih.

tapi memang aku tinggal satu soalan yang bemarkah 20!!! yang lain adalah jugak tinggal tapi takderlah langsung tak buat ~
time tu haissss sabar jelah.
dahlah soalan lain entah betul ke tidak -_____-

tapi aku pujuk lagi hati agar terima ketentuan Ilahi.

Alhamdulillah syukur.


kenapa aku boleh terima walaupun bagi orang lain ini adalah satu keputusan yang teruk?

sebab aku pegang pada kata-kata Allah.

Dimana Allah akan bagi apa yang kita usahakan.

so aku tahu macam mana aku belajar itu jelah dapat.

:(

menyesal tapi itu PENGAJARAN.


"Izzah Azhar: owh ramai jer tukar course ke account"

haiss saya peergi mohon matrik course scn padahal after spm memang saya nak lari dari dunia scn stream ni.
ingatkan memang kene mohon scn.
rupanya my senior dulu scns stream dia kata memang matrik dia mohon akaun.
haiiss syukuran boleh tukar.
"KALAU DAPAT"

pada yang membaca doakan saya dapat erh? :*

dan doakan saya dapat diploma yang saya mohon jugak~

Semoga Allah permudahkan urusan ku~




Sunday, February 3, 2013

Malam Berinai

Assalamualaikum,

amboi tajuk entri nak gempak en?
dah tak sabar nak majlis ke?

huhu
okay okay okay

setalah lama termenung, terbuntu, ternganga akibat berada dalam suasana malam yang membosankan,


hari tu buatlah malam berinai ni~
:D 
saja bosan-bosan terus terpikir nak pakai inai.


 so lets menggedikks~



okay saya memang suka pakai inai camgitu~
sebelah kiri pakai empat jari sebelah kanan pakai satu jari jer.

dapat idea macam tu masa time2 sekolah, gediks nak pakai inai padahal kalau ustazah Hasliza or puan Lo nampak mahu tak dua tiga jumaat jer tinggal, dahlah pengawas lagi.
oleh itu tangan kanan hanya memakai inai di jari telunjuk~

so boleh lah cover time menulis takdalah nampak sangat pakai inai
:D

akhirnya gua lepas~
muhehe



lol mula-mula niat nak tunjuk gambar "malam berinai" jer
(acah-acah pengantin~)
tapi alang-alang tu~
muhehe
bak kata pepatah sambil menyelam minum air?
:p

jom bergambar menggunakan webcam lappy PASTI anda akan terasa gediks~


* nak acah Aisya Ayat-ayat cinta jap xD*





kesimpulannya saya sendiri pun dah menyampah dengan diri sendiri~


P/s: tengah stress ditambahkan pula dengan bengong :(

the engagement

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 27 Januari 2013, sudah gelarnya seorang tunang orang,
maka sesiapa ketika itu datang merisik untuk menikahi, dan jika tahu tunang orang maka jatuhnya hukum haram~

tetapi dalam kes ni DIBENARKAN
sesiapa yang 

1. kelihatan kacak dicampur sedikit dengan menawan, 

2. kaya serta dipandang tinggi

3. Pelajaran yang tinggi

maka dibenarkan untuk datang meminang
NUR NADIAH BINTI AZHAR

kerana!
yang tunang orang bukan saya tapi
NUR IZZAH BINTI AZHAR!!!!!
my beloved sister yang gemok!!!!
saya? 
tukang photographer jer.
 I am sebalik tabir.

Alhamdulillah kak!!! 



jom nengok hasil gambar saya~



 kad jemputan untuk orang terpilih jer~
yerlah mana ada orang buat kat tunang dia punya ayat pun memain.


 uuu~

 baju tunang kakak

kain dia macam princess~




 hantaran dihias sendiri oleh mak uncu dan kak yong~


thumbs up for LOLA cakes~ yummy~


tapi malangnya hanya boleh melihat . this cake for hantaran~ :( 



Izzah & Luqman~


ni dia si Izzah gemuks tercinta~
amboi sekali dua cincin hang sarung erh? 
bak mai satu kat cek xD









"doakan mereka Izzah&Luqman dijodohkan cepat"

barakallah~

Amiin~

BTWb lelaki idaman NUR NADIAH AZHAR bukan macam dekat atas tu yer~

"cukuplah sekadar hatinya~ bukan hati yang sepunuhnya mencintai saya tetapi cukuplah sekadar hatinya sungguh-sungguh mencintai Allah, kerana cinta datangnya daripada Allah, dengan mencintai Allah maka Allah hadirkan seseorang untuk saling sayang-menyayangi serta cinta-mecintai. kerana dengan cinta itu maka ia akan berkekalan sampai ke jannah Allah, Itu janji Allah."

-Nadiah Azhar 2013-




p/s : gambar banyak sangat malas nak upload simpan dkt lappy jelah jadikan kenangan

Thursday, January 24, 2013

Hati Rasa Semacam

*seorang lelaki berjalan*

aku terpandang.

fariq menegurnya

lelaki itu memberi respond lalu terus menuju ke destinasi yang sebenar, TOILET

fariq memulakan perbualan mungkin dia ternampak riaksiku yang entah pape tu.

"dia budak septec"

"dia imam dkt septec bak kata shahirra rozali"

"dia malu dengan perempuan"

dia ni, dia tu, dia bla bla bla... fariq berkata-kata sedangkan aku tidak bertanya.

maklumlah itu lelaki memang suka bercakap.

aku kalau nampak lelaki macam itu mulalah menggedik, belakang-belakang jer menggedik depan-depan malu :D

okay so macam terasa lah berminat dengan dia tu, tapi tak adalah gedik-gedik sampai nak mengurat lalu menggedik dengan dia, cuma berminat sahaja. saya ulang BERMINAT~
berminat tidak bermakna suka, suka tidak bermakna cinta yer wahai sekalian 
;)

hari tu pulang daripada kerja pukul 5.30 pm , tetapi atas semangat setia kawan untuk berjalan pulang bersama dybot terpaksalah tunggu sampai 6.30pm.

apa lagi aku mulalah berpeleseran di kedai tempat fariq bekerja, memang selalu pergi situ kalau kena tunggu dybot balik.

lama aku berbual sambil mencuci mata mellihat haiwan-haiwan yang indah ciptaan Allah, tiba-tiba.....

seorang lelaki memukul perlahan belakang fariq untuk menegurnya sambil berkata dia mahu pulang,

Ya Allah kali ni aku tiba-tiba speechless, bukan sebab dia tu dia ni dia bla bla, tetapi dia memukul fariq menggunakan novel!!

like seriously?
dia baca novel?
maknanya dia lelaki dan dia baca novel!

fikiran ku terus melayang ke hari yang terdahulu baru-baru jer lagi tu, statement yang aku buat dekat dybot,
" aku suka lelaki baca novel, tapi susah sangat nak jumpa kan? mesti sweet macam lelaki yang kau jumpa tu"


waktu itu seakan-akan berhenti seketika, 



speechless~

"kau dah balik dah? jom solat?"
fariq mengajaknya solat bersama-sama.

"mok, aku gi solat"

fariq menegurku ,aku tersedar daripada lamunan itu,

"okay-okay bye"

selepas itu aku tidak berapa jelas akan perbualan mereka tetapi yang pasti pasal novel, sebelum pergi ke surau tingkat dua mereka singgah sekejap dekat kedai buku agama-agama sebelah kedai fariq tu, aku melihat dia yang berpusu-pusu kesana, dekat bahagian novel tak silap, so S A H sah! suka novel ni..

aku tersenyum seorang diri,kalau orang yang melihat aku pasti ingat aku ni gila.

dalam hati asyik berbicara,
macam kelakar baru jer bual pasal "lelaki novel'
tengok-tengok jumpa guy yg baca novel.

apakah ini?
hahahaha

"hello? dybot kau dekat mana? cepat-cepat aku ada cerita ni"

aku dan adiba berjalan pulang bersama,
aku menceritakan peristiwa tadi dekat dia dengan bersungguh-sungguh.

"dia baca novel apa?"
adiba bertanya,

"owh lupa pulak nak tengok dia baca novel apa, huhu"

speechless punya pasai bukan nak usha-usha dia baca novel apa, macam dybot dulu dia sempat tgk mamat yg tahankan air aircond bus untuk dia, Adam Dan Hawa~

"apalah kau ni orang tengok dia baca novel apa,"

"erh entah-entah dia jodoh kau kot"

hahaha dybot2 kau hengat ini novel ke apa? 
takdernyer~

 haha maybe aku dah tahap menggatai ni,
tapi jauh sudut hati ini memang rasa semacam, 
erm entahlah biarlah buat apa kalau syok sendirikan?

so mari tumpukan dulu cinta yang SATU ini dulu,
CINTA terhadap Allah dan Rasulullah.
 

p/s haishh nak cari buku Hilal Asyraf , banyak kali dah ronda kedai buku dekat sebelah kedai fariq tu tak jumpa-jumpa, nak tanya orang kedai tu dia selalu tak ada, -,-

Maulidur Rasul



"Maulidur Rasul kembali bersua, marilah kita meraikannya, hari keputeraan lahirnya baginda Ya Muhammad Ya Rasulullah~"

Assalamualaikum para manusia yang dikasihi sekalian,

hari ini bersamaan 13 rabiul awal, merupakan maulud Rasullullah saw.

marilah mengingatinya kerana baginda selalu mengingati kita,
marilah mencontohinya, kerana baginda tokoh yang suci
marilah mengikut sunnahnya, kerana sunnahnya membawa kesyurga
marilah melaksanakan segala perintah Allah yang disebarkan oleh baginda Rasulullah SAW.

" kau tahu betapaku sayang padamu~ tiada bidadari sebagai ganti~ hanya takdir menentukan ia Ya Rasulullah~ Ya Habiballah~"

cara meraikan?

selawat banyak-banyak ;) 

salam maulidurRasul 


jom layan Qasidah ni best ana cakap sama anta ;)



Thursday, January 3, 2013

Like Novel kot!!

Assalamualaikum,


pada pukul 1.00 AM pagi aku cuba memnenangkan diri ini, kisah sedih dibawah itu menyebabkan aku BOSAN dan mahu mencari ketenangan. dalam hati "dah lama tak baca blog kakakku"

aku mula membaca dari satu entri ke satu entri.

Tiba-Tiba!!

Ya Allah!!

Subhanallah!!

kakak asal hang tak cite?

benda topik yang menarik kot!!

aku mula tersentap, terkedu, terharu lalu aku terkentut ~
erh itu tipu jer :p

Disebabkan kakak tak cerita aku print screen entri jameela dia tu! 

jangan marah!


:p



nak tahu tak pasal apa ...




arghhh!!!!!!!!!!!!
"saya nak ckp 5 perkara'
tuuuuu LIKE A NOVEL OKAYHHHH!!! 

saya semacam baca novel pulak. bakal ABANG IPAR saya ni kaki novel ADAM DAN HAWA jugak ni~ :p
huhuhu


Ya Rabb, benarlah lelaki seperti ini memang layak buat kakakku. aku dah tak berfikir-fikir lagi.

KAHWINKAN CEPAT!!!

lol

so sweet~

okay maksud sweet saya disini lain daripada sesetengah orang yer. Jatuhnya hukum sweet bagi saya bila dia inginkan seseorang melalui jalan Allah. itu baru sweet couple kay!! 
mencari yang halal. bukan "couple" jadah haram tu~

so untuk bakal abang iparku (insyaa Allah) sangat sweet. Walaupun saya tahu dia tak akann baca blog ni but still nak "warning" dia.

"wahai bakal abang ipar ku (abang Luqman), sungguh hatimu menyukai kakak ku Izzah si gemuk itu kerana Allah. Maka aku memohon kepadamu agar menjaganya dengan penuh kasih sayang. Cintailah dia sepenuh hati bila engkau lafazkan akad nikah dan si Izzah kami telah menjadi Halal buat mu nanti. bukan Halal Malaysia tetapi Halal daripada Allah SWT. dan pimpinlah dia sampai ke jannah. ;)"

Takbir!! Allahuakbar!!

p/s dorang bakal ditunangkan pada 27 januari 2013 Doakan semua! ;)

Page 3 of 365

2013
page 3 of 365

Assalamualaikum .

baru sahaja dikenakan ujian tadi. Tengah berlajar untuk tidak memaki hamun diri sendiri. Nadiah Azhar baru sahaja ter-DELETE sesuatu yang telah hilang buat selamanya. Ya Allah! hatiku rasa tidak keruan. rasa yang amat menyakitkan hati ini. Dalam hati berkata kenapalah diri ini tak DOUBLE CHECK !!! kenapalah buat time kau pening kepala!! kenapa!!! kalau aku pergi buat benda lain tak jadi macam ni kenapa!!!!! STRESSSSS AKUUUU HOIII

*hah memang rasa nak gigit jer lappy* 


TIBA-TIBA 

 terus teringat, pernah terbaca/melihat video entah daripada siapa (ustaz/orang alim) beliau berkata , "janganlah kita menyatakan kenapa? atau kalaulah aku bla bla tentu tak jadi macam ini."

kenapa tidak boleh?

kerana kita seolah-olah tidak menerima qada' dan qadar.
ketentuan Ilahi.

aku cuba menenangkan diri. tenang setenangnya. hati berasa lega taktala aku sedang men-type ini.

YES aku redha. mungkin aku tak perlu lakukan kut.

next time maybe boleh.

SO~


 

konklusinya,

 Allah susunkan jalan cerita kehidupan kita ada sebab dan tujuan untuk kebaikkan diri kita agar dapat mendidik diri sendiri salah satu cara-Nya dengan dugaan.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...